Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Larry Sng Wei Shien menggantung tugas Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahamda dan Ketua Penerangan PBM, Zakaria Hamid berkuatkuasa serta merta.
Larry menegaskan, keputusan dibuat berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (3) susulan mesyuarat majlis tertinggi parti 7 Oktober lepas yang dilaksanakan melampaui arahannya sebagai Presiden Parti.
Tegas Larry berdasarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), setakat hari ini, beliau masih Presiden PBM.